Friday 30 December 2011

seandainya lelaki tahu...

 
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda...=))
 
 

Thursday 29 December 2011

doa buat kekasih...


ya ALLAH...
aku tidak meminta orang yang sempurna...
namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna...
sehingga aku dapat membuatnya menjadi sempurna di mata Mu...
seorang yang menjadikan dukunganku sebagai peneguhnya...
seorang yang menjadikan doaku untuk kehidupannya...
seorang yang menjadikan senyumku untuk mengatasi kesedihannya...
seorang yang menjadikan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna...



ya ALLAH...
terima kasih Engkau telah menciptakan dia...
terima kasih Engkau telah mempertemukan aku dengannya...
terima kasih untuk saat-saat indah yang dapat kami nikmati bersama...
terima kasih untuk setiap pertemuan yang dapat kami lalui bersama...




sucikan hatiku ya ALLAH...
sehingga aku dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMu dalam hidupku...
semoga Engkau redhai kami untuk bersatu mengharungi sisa usia kami...


tentang DHIA...


" Abang, Dhia terlalu sayang kan abang. Sumpah demi Allah tiada lelaki lain dalam hidup Dhia. Dhia tak sanggup nak berpisah dgn abang "

Abang...jangan menyintai Dhia melebihi cinta kpd Allah..

"Cinta Tanpa Restu Umpama Jasad Tak Bernyawa "♥♥♥♥

*aku xske ending dia..sbb aku nak tau apa jadi dgn KU SALMI*


Saturday 24 December 2011

how do i live without you!!!!

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Kasih yakinlah kepada dirimu

Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu



Sunday 18 December 2011

Sunday 4 December 2011

HATI AKU PATAH SERIBU!!!!!

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah…


kecewa???

secara jujurnya...aku terasa sungguh KECEWA lately.....i don't know why...mungkin sebab jarak kami yang jaohhhhh???mungkin sebab dia sudah kurang spent his entire time with me???arghhhhh!!!!!
i prefer to shut my mouth from keep complaining about him...sbb MASUK TELINGA KANAN,KELUAR TELINGA KIRI....mcm lagu abg anuar zain, HATI TERASA SAKIT....


aku RINDU dirinya....aku RINDU saat dirinya sentiasa berada di sisi ku.....aku RINDU the way he look at me....
aku xtau wether he MISS me or not.....

terasa di syurga la sgt....!!!

Engkau tersenyum malu
Bila ku bertanya
Adakah diriku ada di hatimu

Aku amat terasa
Lirikan manjamu
Membuat diriku terus terlena

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu


Wednesday 30 November 2011

Ad ke yg nak dedicate puisi untuk aku???

>>>nie puisi yang ZAHIRIL ADZIM dedicate buat SHERA.....aku curik sbb AKU SUKA!!!!



"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku."



ada ke yang nak dedicate puisi untuk aku???huhu...
LIFE IS UNEXPECTED!!!
CIK ABE aku nak ke berpuisi untuk aku?????




PS : I LOVE YOU SO MUCH!!! 

Monday 28 November 2011

HATIKU MILIKMU????


Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini



 

Saturday 19 November 2011

CINTA JARAK JAUH....CONFIRM PUTUS KE??




Aku sendiri mengaku cinta jarak jauh mencabar. Aku mengaku kadangkala  cinta jarak jauh juga amat membosankan kerana hari-hari bersms/call membuatkan rasa jemu kerana asyik perkara yang sama diborakkan. Malahan,ia juga amat mencabar  kerana ianya menguji kesetiaan dan ketelusan pasangan. Contahnya, mampukah sesebuah pasangan itu menunaikan lagi janji-janji manis bercinta setelah berjauhan? Semuanya terpulang kepada kekuatan setiap pasangan itu sendiri.

Namun adakalanya ketika hati sudah teguh, keadaan pula tak mengizinkan. Ada saja dugaan dan cabaran bagi cinta jarak jauh . Tetapi dugaan dan cabaran inilah yang menjadikan pasangan tersebut lebih matang dan berani menghadapi cabaran yang mendatang.  Sebagai contoh, rindu. Setiap pasangan memang tak boleh lari daripada rasa rindu, lebih-lebih lagi yang berjauhan. Jadi, aku harap dengan tips yang diberi ini sedikit sebanyak mampu membantu hubungan pasangan yang sedang berjauhan dan tak lupa untuk AKU DAN CIK ABE.


BERSAMA

-Sentiasa berfikiran positif kunci kepada kebahagiaan.  Jangan mudah percaya sesuatu dari mulut kawan anda selagi anda belum lihat dengan mata dan dengar dengan telinga. Kalau otak tu dah mula fikir yang bukan-bukan, amik wuduk dan baca al-quran atau tidur.

-Jangan mudah tergoda. Setiap kali anda rasa tergoda dengan orang lain, cuba elak daripada terus mesra.  Katakan awal-awal pada si dia, anda telah berpunya. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa anda masih cintakan dia. INGAT, manusia tak akan pernah puas dengan apa yang manusia ada. Jadi tanamkan rasa syukur itu dalam diri. Elakkan keluar berdua dengan jantina berbeza, lebihkan keluar dengan kawan-kawan.



-Pasang matlamat dalam erti kata lain angan-angan. Target tahun anda akan bersama untuk bergelar suami isteri. Contohnya anda target tahun 2016 berkahwin. Jadi anda tak akan rasa cinta anda itu cinta kosong, cinta sekadar untuk memenuhi nafsu kesunyian dan rasa ingin didampingi, tapi cinta yang bermatlamat. Jika tidak mahu pasang matlamat, anda beli sepasang pokok, kemudian anda jaga. Namakan pokok cinta. Jaga pokok tu sebagaimana anda jaga cinta anda.

- Tak kira lelaki atau perempuan, masing-masing perlu mainkan peranan.  Bersama-sama pertahankan cinta yang anda bina. Ketika sang adam tengah sedih, atau macam ada yang tak kena, sang hawa kenalah rajin bertanya, ada masalah ke tak. Begitulah sebaliknya, tapi sila ambil serius kalau nampak perubahan pada dia kerana dia mungkin benar-benar perlukan seseorang disisinya untuk meluahkan rasa. Contohnya kalau selalu setiap malam tepat pukul 10, si dia akan mula sms atau call, tapi hari ini dia tidak buat sedemikian, mungkin dia ada masalah. Cuba sms dia tanya dia ok ke tak. Kalau dah sehari dia masih tak balas sms, memang dia betul-betul ada masalah.  Kalau dia ada masalah, bantu dia. Sentiasa beri motivasi walaupun anda sendiri dah naik muak. Gunakan kemahiran soft skill anda. Ada masanya kita perlu melayan si dia sebagaimana kita layan kawan karib dan adik-beradik, tapi ada masanya kita perlu layan dia seperti diri sendiri. 

-Zaman sekarang macam-macam dah ada. Daripada webcam ke paling cikai pun masih lagi dengan sistem surat-menyurat. Sentiasa hubungi si dia dengan pelbagai cara, sekurang-kurangnya sekali sehari pun dah cukup seperti sms  “Slamat malam. I Love U”. Sekurang-kurangnya dia tahu anda ingat pada dia setiap hari. Sekali sekala hantarlah dia hadiah seperti perfume. Surat cinta pun dah cukup.* Ayat dah macam ayat doktor suruh makan ubat*

- Kalau dah berusaha, serahkan saja pada yang Tuhan.  Sentiasa berpegang pada prinsip ‘kalau dia milik aku, tak akan lari kemana’.  Tak guna bermegah-megah dengan tempoh perhubungan anda. Sebagai contoh, ada yang berbangga telah couple selama 6 tahun, tapi kemana akhirnya? Berpisah jugak.  Jadi sentiasa berserah pada Dia.


LELAKI

-Khas untuk lelaki, anda perlu memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju hubungan anda. Sebab biasanya jarang bagi seseorang perempuan yang tentukan sebab anda sebagai lelaki telah dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin.  Kalau selalu dah rasa muak asyik sms je, ajaklah dia bertukar ke calling-calling. Nak senang guna family plan macam aku. Calling dengan sms free je. 

-Sentiasa jadi guardian angle dia. Kalau ada orang yang kacau dia, kenalah tunjuk kejantan anda. Tapi kalau lelaki itu juga sukakan awek anda, minta awek anda buat keputusan. Anda atau lelaki tersebut. Dia tak boleh dapat dua lelaki atas satu katil.


-Kalau si dia kata dia amat merindui anda, kemudian menangis, tenangkanlah dia. Adakalanya memang agak penat melayan kerenah dia, tapi sekurang-kurangnya, anda dapat mengubat hati dia. Jadi kalau rasa annoying sekalipun, senyap je, dan tenangkan dia.


-Jika rindu, kata rindu, jika sayang kata sayang. Luahkan segala apa yang anda rasa, atau anda mungkin tidak mempunyai peluang untuk meluahkannya lagi. 

-Segala perkara mesti dibincang dengan baik. Apabila si dia bercakap, anda mendengar, dan sebaliknya. Jangan mudah melenting, belajar bersabar dan segeram mana atau semarah mana anda, cuba belajar sabar..Ikut hati, binasa nanti!


PEREMPUAN

*yang ni untuk aku sebab aku selalu buat perangai kalau dia xlayan aku..ambik kau, leen, CIK ABE xnak pujuk* 
-Belajar untuk memahami jadual harian dia. Anda tak boleh terlalu mengongkong dia dengan terlalu mengharap dia untuk hubungi anda setiap hari. Lelaki benci perempuan terlalu mengongkong.


-Kalau anda rasa perlu menangis untuk menangis untuk melegakan rasa hati anda, menangislah. Sekurang-kurangnya anda akan berasa lega.

-Sebelum anda melakukan sesuatu, fikirkan dulu sama ada anda akan melukakan, menyusahkan, mengecewakan dan merunsingkan hati si dia. Jangan jadi kejam dengan membuatkan dia terpaksa datang ke tempat anda hanya semata-mata untuk menyelesaikan masalah yang telah anda sendiri timbulkan.

-Jangan, jangan dan jangan ambil kesempatan terhadapa si dia. Apabila dia sudah benar-benar merendahkan egonya dan menjadi dirinya yang sendiri semata-mata hanya untuk menunjukkan rasa rindu dan cintanya, jangan pula anda memijaknya. Belajar menghormati dan menerima pendapat si dia, bukan mengawal!
*sebagai rujukan tambahan* 



PS : I LOVE YOU SO MUCH!!!

di hari pernikahanku...

*saje nak buat saspen....walaupun tak menjadi...*
 
mode : jiwang...sebab kak ct kawen....(xde kaitan)
 
 

*serious aku sungguh jealous tgk KEBAHAGIAN dia dan her newly wed husband*
*SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT*
*cik abe, kita bila lagi???*
 
aku xde motif nak letak gambar GILA-GILA PENGANTIN ni..
cuma aku nak tunjuk yang CIK ABE aku interframe dalam gambar ni..
*aku cilok gambar nie dari fb ABE AREH*



RINDU SEORANG KEKASIH

Disaat kusendiri
Teringat dirimu yang jauh disana
Apa kabarmu ?

Terbayang candamu
Yang selalu membuatku bahagia
Tiada rasa duka

Kasih percayalah
Cinta dan sayangku hanya untukmu
Walau jarak telah memisahkan kita
'Tak perlu engkau resah
Yakinlah ...
Kita akan bersama selamanya ...
 
 
 
 
*ok...terlampau jiwang...sila muntah hijau sekarang cepat!!!*

Thursday 17 November 2011

HARIMAU MALAYA MENGAUM!!!


TAHNIAH!!!
 





semenjak MALAYSIA sentiasa perform dengan BAIK ni...
dengan aku skali ter"excited" tgk bola...
walaupun hakikatnya
 
*AKU ANTI BOLA*

tapi sekarang..
TIDAK LAGI!!!



MALAYSIA BOLEH!!!
AUM!! AUM!!



PS : I LOVE YOU SO MUCH!!!

Wednesday 16 November 2011

kawen kakak ipar....


suke plak tgk title..
mcm confirm je aku nak kawen dgn CIK ABE..
penuh KEYAKINAN nak panggil kakak org KAKAK IPAR...
ah...
lantak la....
aku punye blog...
suka hati aku la....
hehe..


ini gambar KAK SITI dgn ENCIK TUNANG...
sweet kan??
bile la turn aku??


ni pulak pelamin idaman kakak dy...
CANTEKKKKKK!!!!
nanti nak kakak dy jadi wedding planner aku la...
nak pelamin cantek cmni gak...



hurm....
tenung-tenung langit...
*mengeluh*
haha...
bila la agak nya CIK ABE nak pinang aku ni??
ayat gatal hendaklah dikecikkan sedikit...
 



ini pulak gambar CIK ABE & FAMILY...

*bila la aku boleh bgambar dengan mereka semua???*

berangan je lebih aku ni...
belajar pun tak habis...
ada hati nak kawen....
haha...


*
*
*
*
*
APA-APA PUN
*
*
*
*
*


PS : I LOVE YOU SO MUCH!!!

Thursday 10 November 2011

hari-hari terakhir...

time is running so fast!!!
sedar tak sedar cuma tinggal 2 hari b akan tinggalkan syg..
i'll be alone soon..
without you to be by my side..
rather in happy..
or in sadness....




all i want is YOUR LOVE



** tq sebab belanja syg dinner on 7th Nov 2011..walaupun syg merajuk on that night..haha...sorry **

 

I LOVE YOU SO MUCH!!! 

Tuesday 1 November 2011

FASTEN YOUR SEATBELT!!!

rasanya b dah lali glak mun syg berleter lam keta tyme b drive nak??
haha...
mun kawen lak,agak2 b beli x seatbelt tok???
haha...
YOU GONNA MISS MY BAD ATTITUDE SOON,BABY...
trust me...







PS : I LOVE YOU SO MUCH!!!

Monday 24 October 2011

HE'S THE ONE!!!


MUHAMAD HANIF BIN HASAN

a guy who selalu buat i marah2 walaupun hakikatnya i x marah pon...
selalu buat i senyum kambing sorang2...
selalu buat i gelak2 sampai tak ingt DUNIA...
selalu buat i merajuk n buat muncung panjang sedepa....

he is really PRECIOUS for me...
bagilah harta berkoyan2..
i tetap akan pilih si jantung hati ni...

before i meet him...
my life was like terumbang-ambing...
because my previous BF never care about my personal life...
he only care about mu CURANGNESS...
(haha...vocab baru!!! dah2...xnak buat ketupat kat sini...)

after i meet him...
i feel that my life is fully completed enough...
bukan nak bodek...
tp hakikat..
he always remind me about everything...
solat...
my responsibilities towards my family..
my attitude towards others..
pendek kata...
he's the perfect husband-to-be la!!!

i bukan nak kutuk2 BF sesapa..
it just that...
BF org lain lebih senang tgk GF dia..
tayang rambut kat org ramai...
( ingat u model iklan shampoo ke nak free hair???)
terkinja2 mengalahkan anak kera..
(mcm la u sorg ada BF sampai nak buat drama FASHA SENDAT kat org ramai)
in and out kat club mlm
(eh..parent u tau ke u g clubbing mlm2???)
n mcm2 la yg seangkatan dengannya...
xnak la ckp lebih2..
i respect sesangat bila si dia tegur i..
walaupun memang PANAS MENGGELEGAK hati ini..
tp bila difikirkan balik..
memang btul jgk kan b??
haha..

i pun terharu jgk bila si dia x malu nak jumpa my parent...
ALHAMDULILLAH...
my parent pun suka si dia...

walaupun pernah suatu ketika..
hubungan yang terjalin putus secara tiba2..
jgn sangka panas sampai ke petang...
i mengaku semua yg berlaku is my fault...
SYG MINTA MAAF, B...
(buang yg keruh,ambil yg jernih je....)

penat menunggu 1 sem...
ALHAMDULILLAH...
bukan semua penantian itu satu penyeksaan...
kdg2 penantian itu manis jgk...
sbb dari apa yg terjadi....
i blaja sesuatu...
HARGAI APA YG KITA ADA...
and the most important is..
JANGAN CURANG!!!!
**to be continue...


sudah puas i merapu hari nie...
lain hari i merapu lagi...



PS : I LOVE YOU SO MUCH!!!

bukan jiwang semata-mata....

Kita kena ingat

CINTA bukan pada ‘couple’
CINTA juga bukan pada ‘I you’
CINTA tak terletak pada ‘I miss you’
Dan CINTA bukan pada ‘can I touch you’
Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata




Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan
Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH





*semoga kita disatukan dalam ikatan yang sah...AMIN....*




PS : I LOVE YOU SO MUCH!!!